29 September 2012

Belanjawan 2013

Sekitar pembentangan belanjawan 2013. Antara isi kandungan yang dipetik dari portal berita:
  • Rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G untuk belia 21-30 tahun
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000
  • Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang berkonsepkan perumahan mampu milik dapat memberi peluang kepada rakyat, terutamanya golongan belia yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri
  • Pemberian bonus kepada penjawat awam sebanyak satu setengah bulan gaji
  • Kerajaan juga akan membuka tambahan 70 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara pada tahun depan

18 September 2012

Program Berkhatan Perdana - KK Pdg Lebar


Berita baik untuk warga Padang Lebar dan sekitarnya!!

Program Berkhatan Perdana anjuran Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Padang Lebar akan diadakan pada 20 November 2012. Bayaran adalah sebanyak RM50 untuk seorang anak. Pendaftaran boleh dibuat di Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah. Hubungi 06- 498266, waktu pejabat.

Cepat-cepat booking takut penuh!

Mini Karnival Pemakanan Sihat - Kuala Pilah

Pada 15 dan 16 Julai 2012, satu program telah diadakan iaitu Mini Karnival Pemakanan Sihat dan Hari Potensi Kemas, Parlimen Kuala Pilah yang bertempat di Padang Awam, Kg Renggoh Johol. Program ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah iaitu YB Dato' Hasan bin Malek.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan iaitu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan gubahan bakul, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi.Tatapi gambar dibawah yang diambil sekitar program tersebut.


Cari dan Musnah Aedes

Cari dan musnah setiap minggu selama 10 minit di setiap rumah sendiri
  • Cara paling kos efektif bagi membentras nyamuk aedes
  • Undang-undang Malaysia, Akta 154, Akta Pemusnahan Serangga pembawa Penyakit (Pindaan) 2000
  • Jika anda didapati membiak Nyamuk Aedes, anda boleh dikompoun serta merta tidak melebihi RM500.00 (seksyen 25) jika gagal membayar kompoun, anda boleh didakwa di mahkamah.

Denda Kesalahan Tembakau

KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK DIKOMPAUN
Bil
Kesalahan
Amaun
1
Menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa
RM 5,000
2
Menjual rokok dalam paket yang telah dibuka atau kurang daripada 14 batang
RM 5,000
3
Merokok di suatu tempat yang dilarang merokok
RM 5,000
4
Orang belum dewasa yang merokok, mengunyah, membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau.
RM500
5
Kegagalan mempamerkan tanda larangan menjual hasil tembakau di kaunter di mana hasil tembakau dipamerkan atau ditawarkan untuk jualan
RM 5,000
6
Gagal mengasingkan kawasan merokok dengan sekatan, gagal memastikan tiada seorang pun merokok selain kawasan merokok; dan gagal menyediakan kipas penyari dan sistem peredaran udara mekanikal yang mencukupi
RM 5,000
7
Kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok di premis atau kenderaan
RM 5,000
8
Gagal memastikan tiada seorang merokok di dalam premis atau kenderaan
RM 5,000

Caj Pemeriksaan Kesihatan

Bil
Kategori Pemohon
Dokumen Diperlukan
Caj Dikenakan (RM)
1
Orang awam yang mendapat lantikan ke Jawatan Kerajaan (Lantikan Pertama)
  1. Surat Tawaran
  2. Borang Am 402-Pin.4/87
Percuma
2
Orang awam yang mendapat lantikan ke Jawatan Kerajaan (Badan Berkanun)
  1. Surat Tawaran
  2. Surat pengesahan majikan tiada panel doktor
  3. Tiada surat pengesahan Majikan
1& 2. Percuma
3. RM20.00++
3
Calon yang berjaya dalam Temuduga dan dikehendaki menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum memegang jawatan dalam :
1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Surat Tawaran & Borang POLIS-73-Pin.1/2001
2. Surat Tawaran & Borang Pemeriksaan Kesihatan
1. Percuma (pakej asas)
2. Percuma
4
Jemaah Haji (LUTH/Persendirian)
Surat daripada LUTH
Percuma
Lain-lain ujian ECG
Kumpulan Darah
Hemoglobin
UPT
Dikenakan Caj kadar kelas 1
5
Murid-murid sekolah yang akan menyertai pasukan beruniform sekolah seperti Kadet, St.John dan lain-lain.
Surat pengesahan daripada Pengetua
Percuma
6
Pemeriksaan Kesihatan Kakitangan Kerajaan Yang berumur melebihi 40 tahun.
Surat permohonan pemeriksaan dari Ketua Jabatan
Percuma
7
Pemeriksaan Kesihatan Kakitangan Kerajaan yang berkerja ditempat yang berisiko tinggi
Surat arahan daripada Ketua Jabatan yang Berkenaan.
Percuma
8
Pegawai Kerajaan yang berkursus diluar / dalam negara ajuran Kerajaan (Pegawai sahaja)
Surat arahan daripada Ketua Jabatan
Percuma
9
Pegawai dan keluarga yang diarahakan berkhidmat di Luar Negara
Surat Arahan Bertugas
Percuma
10
Atlit-Atlit Kebangsaan yang mewakili negara. Surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara
Percuma
11
Program Khidmat Negara Surat tawaran
Percuma
12
Anggota Yang Telah Tamat Menjalani Latihan Separa Perubatan dan Dilantik Secara Tetap Surat Tawaran Lantikan
Percuma
13
Anak-anak Anggota Kerajaan yang Membawa Surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai (GL) ditawarkan memasuki:
1. Sekolah Menengah Berasrama Penuh
2. IPTA/IPTS
1. Surat Tawaran & Borang Pemeriksaan
2. Surat Tawaran & Borang Pemeriksaan
1. RM1.00
2. RM20.00++
14
Kemasukan ke Sekolah Menengah :
Berasrama Penuh (SBP), Sains, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera DiRaja (MTD)
  1. Surat tawaran
  2. Borang Pemeriksaan
RM 1.00
15
Kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh bukan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan
  1. Surat Tawaran
  2. Borang Pemeriksaan
RM1.00
16
Tawaran memasuki Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan / IPTA / Politeknik / Lain-lain Kolej yang setaraf / Universiti
  1. Surat Tawaran
  2. Borang Pemeriksaan
RM20.00++
17
Memasuki Pengajian Tinggi (IPTS)/ Maktab Perguruan
  1. Surat Tawaran
  2. Borang Pemeriksaan
RM20.00++
18
Orang Awam yang Dilantik sebagai Guru Sandaran Tidak terlatih Surat Tawaran
Percuma
19
Guru Sandaran Tidak Terlatih
  1. Yang di terima masuk ke Maktab Perguruan.
  2. Guru yang telah tamat latihan dan ditawar / dilantik ke jawatan tetap
Surat Tawaran
1. RM20.00++
2. Percuma
20
Anggota Kerajaan yang memohon untuk belajar di IPTA / IPTS secara sepenuh masa / PJJ Surat tawaran dari IPTA / IPTS
RM20.00++
21
Anggota-anggota yang ditawar menjalani latihan separa perubatan untuk berkhidmat dengan KKM. Surat Tawaran Latihan
RM20.00++
22
Akademi Laut Malaysia (ALAM) Surat Tawaran
RM20.00++
23
Institut Kemahiran MARA (IKM) Surat Tawaran
RM20.00++
24
Permohonan atau memperbaharui lesen senjatan api / lesen PSV (perniagaan), Pengendali makanan, Pembelian insuran dan Sebagainya. Surat permohonan
RM100.00++
25
Jemaah Umrah (LUTH / Persendirian) Surat daripada LUTH
RM100.00++
26
Pemegang Kad Pengenalan Merah (Penduduk Tetap) Surat pemeriksaan
RM100.00++
27
  1. Permohonan untuk dilantik semula kejawatan kerajaan secara kontrak
  2. Ditawarkan ke jawatan kontrak (bukan Warganegara)
  3. Dilantik Secara Kontrak ke Badan Berkanun Yang di asing saraan
  4. Syarikat Swasta
  1. Surat permohonan & Borang Am 402-Pin 4/87.
  2. Surat tawaran & Borang AM 402-Pin 4/87
  3. Surat Tawaran
  4. Surat Permohonan
  1. RM100.00++
  2. Percuma
  3. RM100.00++
  4. RM100.00++
28
Guru Fardu Ain / KAFA (Lantikan Jabatan Agama Islam) Surat Tawaran dan surat pemeriksaan doktor
RM100.00++
29
Ahli keluarga yang mengikut pegawai berkursus dalam / luar negara yang dikehendaki menjalani pemeriksaan Kesihatan. Surat tawaran
RM100.00++
30
Pengesahan Jantina kepada Khunsa-Khunsa borang Pemeriksaan
RM100.00++
31
Pekerja Asing yang sah Surat pemeriksaan
RM200.00++
32
Pemeriksaan bagi bakal pengantin Surat permohonan daripada Jabatan Agama Islam Negeri
RM30.00 Ujian saringan HIV sahaja

12 September 2012

Hari Intervensi Kesihatan UPM

Hari intervensi kesihatan UPM telah berlangsung dengan jayanya pada 1/8/2012 yang bertempat di Dewan Sekolah Menengah Tuanku Muhammad. Bertemakan Remaja Sihat, Remaja Berjaya telah berlangsung dengan kerjasama pihak UPM, SMK Tuanku Muhammad, PKD Kuala Pilah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kesihatan terutama dikalangan remaja. Saringan juga telah dilakukan oleh penuntut perubatan UPM tahun 4 terhadap pelajar-pelajar sekolah Tuanku Muhammad sebelumnya.


Program Saringan Tibi/Kusta

Satu program saringan Tibi/Kusta telah dianjurkan oleh PKD Kuala Pilah dengan kerjasama JAKOA Kuala Pilah yang bertempat di Kg Guntur Padang Lebar. Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohammad Razi bin Hj Kail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Juasseh. Antara aktiviti yang dilakukan: ceramah kesihatan, saringan Tibi/Kusta, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pameran kesihatan dan lain-lain.


Kenduri Rakyat Kg Langkap - DUN Seri Menanti

Program Kenduri Rakyat telah berlangsung pada 14/7/2012 anjuran Pusat Khidmat DUN Seri Menanti, Parlimen Kuala Pilah, JAKOA, JKKK Kg Langkap dan JASA di Kg Langkap. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Abdul Samad bin Ibrahim dan YB Dato' Hasan bin Malek.

Program bersama rakyat di Kg Langkap ini dipenuhi dengan aktiviti seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan aktiviti menyumpit yang juga disertai oleh YB jemputan Dato' Abdul Samad. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Datin Sufaezah yang juga merupakan isteri kepada Dato' Abdul Samad.


Saringan Kesihatan SMS D' Melekai

Satu program saringan kesihatan telah dianjurkan oleh PKD Kuala Pilah di Balairaya Kg Melekai pada 14/7/2012. Antara aturcara program adalah saringan gula, tekanan darah, berat badan unggul (BMI) dan ceramah kesihatan. Berikut gambar sekitar program berlangsung.


Hari Jururawat Peringkat Daerah Kuala Pilah 2012

Sambutan hari jururawat peringkat daerah Kuala Pilah telah diadakan pada 13/7/2012 bertempat di Pusat Rehabilitasi dan Fisioterapi Klinik Kesihatan Daerah Kuala Pilah. Sambutan ini berkonsepkan "team building" dan disertai oleh jururawat yang bertugas di daerah Kuala Pilah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka, cabutan bertuah, persembahan koir, taklimat "Personalised Care", jualan pakaian/kasut/beg dan jamuan makan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah iaitu Dr Hj Mohammad Faid bin Abd Rashid. Juadah yang disediakan juga pastinya enak belaka.


9 September 2012

Jamuan Raya dan Persaraan 2012

Selesai sudah majlis keraian sempena hari raya dan persaraan staf PKD Kuala Pilah. Majlis yang berlangsung pada 7/9/2012 di perkarangan pejabat merupakan salah satu sambutan yang menjadi kewajipan setiap tahun. Pada tahun ini kita meraikan 5 orang pesara yang bersara pada tahun ini iaitu
  • Norani bt Kamaruddin, Jururawat U29, KK P/Lebar
  • Amnah binti Ahmad, Jururawat U32 (KUP) KK Juasseh
  • Noor Eni binti Md Said, JM U19, KK Terachi
  • Raayah bt Joned, Jururawat U29 KK Johol
  • Masniah bt Abdul Mutalib @ Ahmad, JM U19, kd Ampang Tinggi
Persiapan awal dimulakan pada petang 6/9/2012 lagi terutama menyediakan bahan-bahan mentah. Setiap klinik di daerah Kuala Pilah telah diagihkan tugas dan menu masing-masing. Bahagian pengurusan/pejabat menyediakan rendang daging, lemang, air minuman, buah-buahan, cendol dan lain-lain. Menu lain-lain yang disediakan oleh klinik-klinik antaranya ialah bihun goreng, bihun/mee sup, laksa, rendang ayam, ketupat, kuah kacang, apam johol, tapai, dan banyak lagi.

Kacau rendang daging sampai kering. Peluh je tak kering.

5 September 2012

Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Sempena hari raya Aidilfitri yang mulia ini, kita sememangnya didedahkan dengan pelbagai juadah yang menarik dan menyelerakan. Namun ini bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan kesihatan kita dengan berkata "alah.. sekali je setahun".

Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia ada mengeluarkan satu panduan untuk kita makan secara sihat di hari raya ini. Panduan ini boleh di"download" di pautan ini: MAKAN SECARA SIHAT

Semoga kita mendapat banyak manafaat daripada panduan berikut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...