30 Ogos 2013

Jamuan Hari Raya dan Majlis Persaraan 2013

Tercatat satu lagi cerita dalam sejarah PKD Kuala Pilah di mana berlangsungnya jamuan hari raya dan majlis persaraan warga PKD Kuala Pilah pada 28/8/2013. Bertempat di perkarangan PKD Kuala Pilah sambil dipayungi 2 khemah besar, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Hj Mohamad Faid, disaksikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah 2 (Dr Rosmala Mohamad) serta Pegawai Pergigian Daerah (Dr Rohaizah).

Pesara-pesara yang di raikan adalah


1. En Ismail Bin Salleh
Bertugas Sbg Pembantu Kesihatan Awam U17
Berkhidmat Selama 36 Tahun 8 Bulan
Tempat Bertugas Di Unit Bakas
Telah Bersara Mulai 02 April 2013

2. Pn Rosidah Binti Jalil
Bertugas Sebagai Jururawat U32
Berkhidmat Selama 30 Tahun 10 Bulan
Tempat Bertugas – Kk K.Pilah
Telah Bersara Mulai 07 Julai 2013

3. En Nordin Bin Pilus
Bertugas Sebagai Pembantu Perkhidmatan Awam U17
Berkhidmat Selama 32 Tahun 8 Bulan
Tempat Bertugas – Unit Vektor
Telah Bersara Mulai 23 Julai 2013

4. Pn Siti Fatimah Bt Abd Muti
Bertugas Sebagai Jururawat Masyarakat U19
Berkhidmat Selama 32 Tahun 6 Bulan
Tempat Bertugas – Kk Padang Lebar
Bakal Bersara Pada 20 Sept 2013

5. Pn Rosnah Binti Alias
Bertugas Sebagai Peg. Khid. Pelanggan, N17
Berkhidmat Selama 31 Tahun 6 Bulan
Tempat Bertugas – Unit Pentadbiran
Bakal Bersara Pada 10 Okt 2013

6. Pn Ruhaidah Binti Abdullah
Bertugas Sebagai Pen. Jururawat U14
Berkhidmat Selama 28 Tahun 9 Bulan
Tempat Bertugas – Kk Juasseh
Bakal Bersara Pada 15 Okt 2013

7. En Johari Bin Salim
Bertugas Sebagai Pemandu R3
Berkhidmat Selama 22 Tahun 5 Bulan
Tempat Bertugas – Unit Pemandu, Pkdkp
Bakal Bersara Pada 13 Nov 2013
Setiap klinik dan unit di bawah PKD Kuala Pilah telah pun diagihkan tugas dan menu masing-masing.

  • KK Senaling - Buah-buahan
  • KK Johol - Laksa
  • KK Kuala Pilah - Roti Jala
  • KK Juasseh - Mee Kari
  • KK Seri Menanti - Nasi Goreng Kampung
  • KK Padang Lebar - Rendang Ayam
  • KK Gunung Pasir - Rendang Ayam
  • KK Terachi - Pulut Kuning & Sambal Tumis
  • Inspektorat - Kuih-muih
  • Unit Kesihatan Sekolah & Farmasi KK K.Pilah - Cendol, Air Panas, Air Sejuk
  • Pentadbiran - Nasi Impit/Kuah Kacang, Lemang, Rendang Daging

Kemeriahan ditambah dengan idea mewujudkan stesen (booth) sendiri untuk setiap unit. Persiapan yang dijalankan seawal 8 pagi, kemeriahan sambutan hari raya ini dapat dilihat melalui gambar-gambar dibawah.

Selamat bersara wahai para pesara. Jasamu dikenang! Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...